Posted by : Jehan Thursday, December 30, 2010



Assalamualaikum,

Aku rasa tergerak hati nak catatkan pengalaman menempuh hidup dengan keadaan yang kurang sempurna. Aku harap ini akan menjadi panduan dan ingatan kepadaku agar lebih tabah dalam menempuh hidup yang singkat sebelum menemuiNya yang maha Esa.

Pertengahan tahun 1999 (Jun), ketika aku memandu kereta pulang dari tempat kerja, pandanganku terasa terganggu oleh bintik hitam yang bergerak2 dalam mata kiri. Aku mengambil keputusan untuk berjumpa doktor panel dan dinasihatkan supaya merujuk kepada pakar mata di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang (HTAR).

Julai 1999, Aku tekadkan hati berjumpa dengan pakar mata di HTAR dengan harapan dapat mengetahui keadaan mataku yang agak mengganggu pandangan kebiasaan. Aku masih ingat lagi ketika itu aku diperiksa oleh seorang doktor perempuan berskaf merah berbaju putih.

Aku dikerumuni oleh doktor2 mata yang lain kerana mereka mendapati keadaan mataku yang agak rumit. Mereka merumuskan aku mengalami "retinal vasculitis" iaitu ulcer yang terjadi pada retina mata akibat kekurangan oksigen (urat) pada bahagian tertentu.

Tindakan seterusnya adalah dengan menembak laser pada bahagian yang rosak untuk mengelakkan dari terus merebak. Malangnya laser menyebabkan berlaku radang yang teruk (pandangan mataku menjadi gelap pada mata kiri) memaksa doktor untuk memberikau makan ubat steroid untuk memulihkan pandangan mataku akibat radang. Aku terpaksa menelan 12 biji ubat "prednisolon selma 2 minggu, kemudiannya diturunkan menjadi 8 biji selama seminggu dan pengurangan sebanyak 2 biji pada setiap minggu. Mataku menjadi terang semula pada minggu kedua.

Makan ubat steroid "prednisolon" menyebabkan selera makan ku menjadi terlalu kuat. Aku menjadi lapar selapar-laparnya. Makan tanpa henti tanpa mengenal erti kenyang. Aku akan bangun pada pukul 2 - 3 pagi untuk mencari nasi di dapur kerana lapar. Walau pun berlaukkan iakan bilis aku boleh mengahabiskan nasi seperiuk. Betapa berseleranya ketika itu. Inilah akibat dos steroid yang tinggi. Aku tiada pilihan lain selain mengambil steroid untuk mengembalikan pandanganku yang telah gelap sebelah mata akibat keradangan. Bagaimanapun ia mula reda bila dos pengambilan ubat steroid dikurangkan peringkat demi peringkat.

Perjumpaan (appointment) seterusnya menjadikan doktor lebih berhati-hati dalam melakukan prosedur laser ke atas mataku. Laser yang kedua dilakukan dengan lebih lembut dan berhati-hati. Namun ia berlaku lagi memaksa aku untuk mengambil steroid dengan dos yang banyak dan menjadi laparrrr sepanjang masa.

Perkara ini berlarutan sehingga setahun dimana mata kananku juga trrut sama mengalami simptom yang sama. Aku agak stress ketika itu lalu memanjangkan usaha ke Hospital Tun Hussein Onn (HTHO) di Petaling Jaya. Setibanya aku di HTHO, aku disambut dengan senyuman oleh Dr Zainal. Beliau adalah pakar mata yang memeriksa mataku. Apabila melihat ke dalam mataku meggunakan mikroskop khas yang biasa digunakan oleh Dr mata, terus Dr Zainal menasihatkan aku berjumpa dengan Prof Dr Muhaya Muhammad (ketika itu masih Pro Madya) di HUKM.

Tiba pada appointment seterusnya aku berjumpa dengan Dr Razak (ingat2 lupa nama doc tu), Aku beritahu hasrat ku untuk ke HUKM, kebetulan Dr Razak mmg MO dari HUKM under Dr Muhaya. Beliau bersetuju dengan hasratku dan memberikan sedikit penerangan mengenai keadaan mataku.

Dengan perasaan yang bercampur aduk antara kecewa dan ingin tahu, aku terus meminta adikku Haris menemaniku ke HUKM melalui highway KESAS terus menuju ke Bandar Tun Razak mencari HUKM.

Aku bawa bersama surat rujukan doktor dari HTHO mencari tingkat 1. ketika tu HUKM sedah dalam pengubahsuaian dan agak tidak tersusun kedudukan bilik pemeriksaan.

Bersambung...





{ 1 comments... read them below or add one }

Sekapur Sirih

Popular Post

- Copyright © Laman Kreatif -Robotic Notes- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -