Posted by : Jehan Sunday, October 20, 2013


Solat adalah suruhan Allah dan WAJIB dilakukan. Solat adalah TIANG AGAMA, tanpanya runtuhlah segalanya.

Kenapa perlu solat? Tak perlu tanya. Kerana ia adalah suruhan Allah. Kalau bos kita suruh, kita buat tak? mesti buat kan, ada kita banyak soalan kenapa kena buat? kalau tak buat macam mana? mesti kena marah kan, prestasi hujung tahun, markah rendah, silap2 tak naik gaji. Tu baru bos kita...

Allah suruh, kita tak nak buat ke? banyak soal lagi ke?

OK kita pendekkan je...

Kalau kita nak kaya, kita kena kerja keras, belajar bersungguh2 samada kat universiti atau belajar dari orang yang dah berpengalaman atau belajar sendiri dengan buat kajian sana-sini. Jatuh bangun balik, usaha lagi dan usaha sampai la jadi kaya. Kalau tak nak kaya senang je, tak payah usaha... hehe

Usaha dan usaha lagi tapi tak kaya2 pun... tu yang selalu kita cakap. Kenapa ye?
Hmmm cuba fikirkan kenapa? KENAPA? KENAPA? KENAPA?...

Kita jaga solat kita tak?
Kita buat solat kita macam kita usaha nak kaya tak?

Cuba kita perincikan dalam solat... renungkan ayat2 yang kita baca dengan maknanya sekali. Kita memuji2 dan memohon petunjuk dan keredhaan Allah. "Hanya padaMu aku menohon dan hanya padaMu aku berserah" ayat 4 surah Al-Fatihah.

1. Bekerja keraslah untuk solat sebagaimana kita bekerja keras untuk kaya... 

Lakukan solat wajib 5 waktu... lakukan solat sunat hajat dan sebagainya... Nescaya, pasti Allah akan makbulkan.

Berat kan nak lakukan? takde masa... kenapa rasa berat je masa solat tu. yang wajib pun kadang2 tetinggal, tak pun hujung2 waktu je. Masa solat pun khayal je malayang asyik fikir camne nak jadi kaya. hehe tu biasa.. Syaitan sentiasa menghasut, bergayut dalam hati kita supaya abaikan solat.

Lawan perasaan tu. Setkan target: SOLAT asas kepada segala kekayaan. tanpa solat tak akan kemana.
Segala kekayaan milik Allah.

Pecahkan kunci rantai yang diikat oleh syaitan yang menghalang hati kita agar berat untuk melakukan solat.
Lakukan solat yang khusyuk dengan penuh tumpuan kepada Allah. Lakukan BANYAK solat sunat. Akhirnya syaitan akan mengalah dan melepaskan kita selagi kita bekerja keras menjaga solat DAN menjauhkan perkara yang boleh menghampirkan syaitan pada kita.

Teruskan solat... Teruskan usaha... PASTI anda akan diberikan rezeki yang MURAH dan kekal hingga ke hari kiamat. kenapa aku kata kekal? rezeki yang kita dermakan atau amalkan untuk kebaikan akan terus mencurah2 hingga ke hari kiamat.

2. Solat apabila masuk waktu. Utamakan solat dari perkara lain.

Biasanya macam mana? Kerja banyak ni, siapkan dulu kerja, dah siap nanti baru solat... Syaitan pun masuk jarum... akhirnya dah hujung2 waktu baru nak solat. kadang2 terlupa sampai terlepas waktu.

Kalau bos kita suruh buat kerja, atau customer nak sesuatu, cepat je kita buat... Siap yang paling best kita bagi. Takde tangguh2, kalau tangguh nanti laporan prestasi hujung tahun teruk atau pelanggan lari kat orang lain.

Sama la bila kita lambatkan solat, Allah akan lambatkan la bagi kita rezeki, rezei pun kurang la Allah bagi atas prestasi kita yang LAMBAT je. Allah akan bagi pada sape2 yang lebih cepat dari kita...

Macam mana kalau kita buat permohonan atau hantar tender tapi lambat dapat keputusan, mesti tension kan... Lepas tu bila dapat tak lulus pulak... haduyaiii... lagi la tension...

Cuba kita renungkan balik... Bila masuk je waktu solat, kita buat apa? kita buat tak tau je ke? teruskan kerja je? atau cepat2 ambil wudhuk dan terus solat?

So... apa tunggu lagi? cepat la solat K... jangan tangguh2. Syaitan sentiasa bergayut tu. Ingat, balasan Allah sentiasa setimpal dengan apa yang kita lakukan. Cuma kita sedar dengan tidak je...

3. Menghalusi Solat. Khusyuk la ni...

Susah kan nak khusyuk dalam solat... Lepas je baca niat, takbir, iftitah, alfatihah... sambil baca tapi fikiran melayang2 entah ke mana... yang tak pernah terfikir masa luar waktu solat pun kadang2 masuk dalam kepala hotak kita... haha tu biasa...

Kalau kita buat kerja takde pulak fikiran melayang2. Kita boleh tumpukan kerja kita sepenuh hati la konon... haha... Tapi bila solat tak boleh pulak ek... kenapa ye?

Sebab... Kita solat cuma buat je tanpa menghalusi solat tu.
Setkan dalam fikiran kita - solat adalah perkara utama dalam tujuan hidup kita. Dalam solat kita buat kerja yang pasti dinilai oleh Allah. dan Allah akan beri kita ganjaran setimpal dengan penilaianNya.

So beri tumpuan pada solat, buat betul2, sungguh2 pasti kita dapat ganjaran yang sangat2 menakjubkan!
Selain dari SOLAT adalah WAJIB dilakukan, solat juga satu kerja yang perlu dilakukan dengan teliti yang akan dinilai oleh Allah...

Banyak lagi yang anda akan tahu nikmat solat... Lakukan bersungguh2, buat lebih dari biasa... Nescaya GANJARAN akan dibayar tunai... Allah Maha Mengetahui... Wallahua'lam.

SHARE pada rakan2 yang nak berjaya dan kaya... Insya Allah anda akan dapat ganjarannya...
  

{ 1 comments... read them below or add one }

  1. Segalanya Bermula Dengan Solat >>>>> Download Now

    >>>>> Download Full

    Segalanya Bermula Dengan Solat >>>>> Download LINK

    >>>>> Download Now

    Segalanya Bermula Dengan Solat >>>>> Download Full

    >>>>> Download LINK

    ReplyDelete

Sekapur Sirih

Popular Post

- Copyright © Laman Kreatif -Robotic Notes- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -