Posted by : Jehan Friday, January 24, 2014



Assalamualaikum semua.

Lama dah aku tak update blog ni. sibuk sangat la konoNnya... hehe. Banyak website yang kena buat dan update. Maintain website tu bagi cantik up to date....

Hari ni aku nak bagi pengetahuan skit pasal kepentingan SEO untuk website. 

Sebelum tu aku bagi tau dulu apa itu SEO. Secara ringkasnya, cakap org putih "Search Engine Optimization" atau secara melayunya "mengoptimumkan Enjin Carian".... Hahaha faham ke? nama je dah pening.

OK senang je... SEO adalah cara memanafaatkan enjin carian seperti Google, Yahoo, Bing dan lain2 lagi di internet agar website kita dapat muncul di muka depan atau yang lebih baik di bahagian atas sekali enjin carian tersebut.

Kalau kita tengok di Google contohnya, setiap keyword atau perkataan (phrase) yang kita taip akan muncul website yang berkaitan. Tapi... yang muncul bukan sepuluh je masalahnya beratus ribu. Contoh kalau kita ada laman web yang jual tudung, bila orang taip tudung je, kita harap akan keluar lah website kita, TAPI langsung tak jumpa pun... yang ada website lain, kat mana2 pun dia je yang keluar... Kita punya langsung tak nampak pun. 

Macam mana ni? Macam mana diorang buat?

Ada cara mudah nak bagi keluar muka depan. Guna Google Adwords yang perlu bayar tiap2 minggu untuk maintain. itu dipanggil "Pay per Click" program yang akan aku kupas di lain masa. Tengok di bahagian kanan senarai website tu. Ada tulis Ads... itu iklan berbayar yang kena maintain. setiap klik perlu bayar pada Google 10 sen hingga RM3.00 bergantung pada populariti keywords tersebut. Berbaloi ke? Terpulang... kalau 10 sen mungkin OK tapi kena sampai RM3.00 sekali klik je? 

OK sekarang ni kita tinggalkan dulu PPC tu... kita cerita pasal SEO.
Tak ada kursus kat universiti yang ajar pasal SEO ni. Semuamys atas kemahiran Pakar internet dan pengurus laman web atau webmaster. Tak semua webmaster mahir dalam perkara ni dan tak semua web designer juga tahu macam mana nak naikkan website kita ke ranking teratas.

Ini adalah kepakaran Global. Tak ada cara yang khusus untuk perkara tersebut. Semua atas kajian masing-masing yang pakar dalam SEO.

Ada yang guna cara baik iaitu white hat SEO yang menggunakan kaedah yang bersih tanpa guna cara SPAM atau black hat yang akhirnya memakan diri. Cara black hat sangat pantas menaikkan ranking website tersebut tapi dengan pantas juga website tu boleh terus hilang dari pandangan dan tak akan muncul2 lagi sebab dah kena ban oleh Google atau Yahoo.

So apa yang menariknya SEO ni?

Paling best... bila kita taip perkataan yang paling tepat atau hampir tepat dengan produk atau perkhidmatan kita, website kita akan muncul kat atas sekali atau muka depan di Google. So, lepas tu senang2 je kita dapat customer bertalu2 cari kita, sebab customer takde masa nak cari tempat lain... Lepas tu terpulang pada kita nak meyakinkan pelanggan dapatkan produk atau perkhidmatan kita.

Baca lagi KAT SINI...   



  



{ 4 comments... read them below or Comment }

  1. sy menggunakan web percuma untuk bina web jualan memandangkan ianya untuk assigment subjek marketing sy dan masaalahnya web saya tak muncul di engine carian.walaupun sy cuba untuk seach menggunakan keyword atau link secara detail.macam mane nak selesaikan msalah mcm nie?? ni web sy http://www.biscuties.sto.my/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syarikat besar menghabiskan beribu2 ringgit utk menaikkan ranking website mereka bagi tertera di muka hadapan Google dan enjin carian internet yang lain seperti Bing ataupun Yahoo. Bukanlah perkara yang mudah untuk melakukannya dan memerlukan kepakaran yang tinggi, Perlu diingat bahawa pemasaran adalah kunci kepada kejayaan sesuatu perniagaan selain pengurusan yang mantap. Ramai peniaga yang hanya menumpukan kepada kualiti produk mereka tanpa memikirkan ruang pasaran yang terbuka luas di luar sana. Mereka amat takut untuk mengeluarkan modal yang sedikit untuk mendapatkan keuntungan yang belum diketahui bagi mereka. Saya mejalankan perniagaan hanya beberapa bulan tanpa menggunakan modal yang besar untuk menyediakan produk jualan, tetapi saya lebh memberi tumpuan kepada pasaran yang menjadikan pelanggan menemui saya dengan mudah iaitu SEO...
      Pada ketika ini saya tidak pernah mencari pelanggan tetapi pelanggan yang mencari saya... Alhamdulillah atas keyakinan yang saya pegang selama ini telah menjadikan perniagaan saya amat berbaloi2.
      mrs.PROandKONTRA perlu mengeluarkan modal untuk menjadikan website tersebut berada di muka depan Google. Berbillion website terpaksa bersaing untuk menaikkan nama mereka di muka depan search engine. Kos yang agak tinggi tetapi berbaloi. Anda tak perlu bertungkus lumus membuat promosi dan menemui panggan yang belum pasti inginkan produk anda tetapi dengan SEO, semua pelanggan berkualiti yang mahukan produk seperti yang anda jual akan menghubungi anda. Malah mugkin mereka akan membeli dengan kuantiti yang memang anda tidak percaya banyaknya kerana seluruh dunia akan menemui anda dengan begitu mudah! Hubungi saya di admin@lamankreatif.net jika berminat dan makluamt lanjut... Mungkin saya lambat membalas mesej anda kerana ketika itu saya sedang sibuk melayan pelanggan yang berpusu2 menghubungi saya :) Semoga berjaya...

      Delete
    2. Kenapa Perlu Seo Untuk Website? >>>>> Download Now

      >>>>> Download Full

      Kenapa Perlu Seo Untuk Website? >>>>> Download LINK

      >>>>> Download Now

      Kenapa Perlu Seo Untuk Website? >>>>> Download Full

      >>>>> Download LINK 0x

      Delete
  2. Apa beza diantara white hat dan black hat ye? Saya iklankan website saya di Google Adwords disamping menaikkan ranking melalui perkhidmatan yang menawarkan manarik pelanggan ke website secara percuma .. bukan percuma juga sebenarnya tetapi ada kerja juga perlu dbuat untuk membolehkan ianya dapat secara percuma. Adakah cara ini dikenali sebagai Black Hat? Web saya www.prokas.com.my

    ReplyDelete

Sekapur Sirih

Popular Post

- Copyright © Laman Kreatif -Robotic Notes- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -