Pangkat bukan ukuran

Thursday, April 13, 2017
Posted by Saidina Group
Pangkat bukanlah penentu ukur kejayaan seseorang...
Berani mencuba, jatuh, dipijak, diherdik, dihina, dimaki hamun, namun untuk berhenti & mengalah tidaklah sekali-kali... 
Yg penting, bangun semula dan terus berusaha kerana aku percaya kejayaan datangnya dari usaha yg berterusan... 
Dengan izin Allah, kejayaan pasti akan dikecapi... Insha Allah
Biarlah mereka2 itu leka, sombong dan bongkak dengan pangkat yg mereka ada sedangkan masih lagi dibawah telunjuk org lain.
Kerana aku tahu, kejayaan & kehebatan sesorang itu bukan diukur dari pangkatnya...
Mencapai bintang di angkasa adalah impian yg belum terlaksana...



Installation of Arabian Canopy by Saidina Excel Canopy

Friday, November 6, 2015
Posted by Saidina Group

Surat kepada Doktor

Sunday, October 25, 2015
Posted by Saidina Group
Assalamualaikum Dr,

Apa khabar? Saya adalah pesakit mata di bawah pengawasan Dr dengan nombar pendaftaran ###### ingin meminta nasihat di atas kesukaran yang saya alami pada pandangan mata saya sejak kebelakangan ini.

Pada 24/5/11 - temujanji di klinik mata Hospital ********

- tiada apa-apa berlaku dalam mata saya. Keadaan normal.
- temujanji akan datang pada 20/11/11
Pada 20/6/11 - temujanji di klinik rheumatologi, Hospital ******** 
- pemeriksaan kesakitan urat bahagian punggung dan peha serta penyakit kencing manis dan darah tinggi.
- pada hari sebelumnya mata saya telah mula kabur sedikit
- pada ktika itu saya mengambil ubat prednisolone sebanyak 15 mg untuk mengurangkan kesakitan di bahagian punggung dan peha.
- Pihak pakar rheumatologi meminta saya mengurangkan pengambilan prednisolone tetapi saya tidak dapat melakukannya kerana akan menyebabkan saya mengalami kesakitan yang amat sangat di bahagian tersebut.
- Pihak pakar menambahkan ubat Sulfasalazine 2 x 500 mg selain meneruskan prednisolone 15 mg.

Pada keesokan harinya, saya merasakan mata saya semakin terganggu dengan pandangan bahagian kanan mata kanan berkelip2 seperti akan berlaku keradangan walaupun tiada bintik2 hitam bertaburan. Pengalaman seperti ini telah saya alami beberapa kali sebelum ini pada mata kiri di mana saya lambat mengambil tindakan menyebabkan saya kehilangan pandangan mata kiri.

Pada hari kedua, saya mengambil keputusan dengan menambah pengambilan prednisolone kepada 30 mg selama 3 hari dan menurunkan kepada 25 mg setelah pandangan agak pulih sedikit tetapi terpaksa menaikkan kembali kepada 30 mg 2 hari berikutnya.

Pada 28/6/11 - Pergi ke bahagian kecemasan klinik mata (bilik 2) dan mengadu masalah yang saya alami tetapi 2 orang doktor yang memeriksa tidak dapat mengesan seperti apa yang saya katakan dan menyuruh saya pulang tanpa mengambil sebarang keputusan.

Saya meneruskan pengambilan prednisolone sebanyak 30 mg sehingga 2/7/11. Pada 3/7/11, saya merasakan pandangan mata saya bertambah merosot  dengan ruang pandangan jelas semakin mengecil walaupun ketajaman masih baik. Saya terus menambahkan pengambilan prednisolone kepada 40 mg sehingga 5/7/11 (disamping sulfasalazine 1000 mg). Pada 6/7/11 dan hari ini, saya menaikkan prednisolone kepada 50 mg kerana merasakan keadaan pandangan yang masih tidak berubah (berkelip2).

Dr,

Apakah tindakan saya ini betul kerana khuatir dengan kelewatan penambahan pengambilan prednisolone akan meragut pandangan mata kedua saya pula dan menyebabkan kesemua pandangan mata saya hilang.

Berat saya adalah 67 kg dengan ketinggian 160 cm.

Untuk pengetahuan Dr,

Sebelum ini, saya telah menjalani rawatan mata sejak tahun 1998 di HTAR dan HUKM dan telah mengambil ubat steroid yang kuat - prednisolone, cyclosporine, azathioprine dan cellcept. Kesemua ubat tersebut telah diberhentikan pengambilannya akibat komplikasi buah pinggang (cyclosporine), Anemia (Azathioprine) sementara HUKM tidak dapat membekalkan Cellcept. Pengambilan prednisolone juga telah diberhentikan selama beberapa bulan pada tahun 2010 tetapi terpaksa mengambil semula akibat kesakitan urat di bahagian pinggul dan peha pada penghujung 2010.

Saya mengekalkan pengambilan 15 mg prednisolone sehingga 20/6/11 dan menaikkan secara berpeingkat-peringkat kepada 50 mg sehingga ke hari ini akibat keadaan pandangan mata saya yang agak luar biasa. Ketika saya menulis emel ini, pandangan mata saya masih kabur dan keadaan di dalam mata saya masih aktif.

Saya telah ke makmal darah hospital Selayang pagi ini (7/7/2011) untuk diambil darah bagi pemeriksaan kesan pengambilan sulfasalazine selama 2 minggu.

Dr,

Untuk tindakan kecemasan di mana mata saya yang seolah-olah sedang marah dengan apa yang berlaku di dalam mata saya (berkelip-kelip di bahagian tidak nampak), apakah perlu saya menambah pengambilan prednisolone lagi untuk menghentikan keradangan/keaktifan yang berlaku? Jika ya, apakah dos yang sesuai?

Saya amat berharap Dr dapat membantu masalah yang saya hadapi dengan kepakaran dan pengalaman luas yang ada pada Dr.

Sekian, terima kasih


Yang benar
xxxxxxxxxx

Pangkat bukan ukuran

Sunday, October 18, 2015
Posted by Saidina Group
Pangkat bukanlah penentu ukur kejayaan seseorang...
Berani mencuba, jatuh, dipijak, diherdik, dihina, dimaki hamun, namun untuk berhenti & mengalah tidaklah sekali-kali... 
Yg penting, bangun semula dan terus berusaha kerana aku percaya kejayaan datangnya dari usaha yg berterusan... 
Dengan izin Allah, kejayaan pasti akan dikecapi... Insha Allah
Biarlah mereka2 itu leka, sombong dan bongkak dengan pangkat yg mereka ada sedangkan masih lagi dibawah telunjuk org lain.
Kerana aku tahu, kejayaan & kehebatan sesorang itu bukan diukur dari pangkatnya...
Mencapai bintang di angkasa adalah impian yg belum terlaksana...



Rancangan Perniagaan

Friday, October 16, 2015
Posted by Saidina Group
Perniagaan hanya bergerak perlahan tanpa modal. Memang benar kata orang bahawa perniagaan yg lebih berjaya adalah tanpa membuat pinjaman. Tapi adakah anda mampu menampung pembiayaan permintaan yg melebihi dari kemampuan anda?

Katakan anda mempunyai modal pusingan sebanyak RM100,000.00 dan telah digunakan untuk membeli stok serta membuat pembayaran terus kepada pembekal. Namun bagaiman jika tempahan dari pelanggan adalah melebihi RM1,000,000.00? Adalah anda hanya membiarkan sahaja pembelian tersebut terlepas sahaja disebabkan tudak cukup modal utk menyediakan bahan mentah? Ye memang ada yg menyarankan meminta deposit daripada pelanggan, berapa banyak yg pelanggan sanggup utk memberikan deposit? Tahukah anda, pesanan kerajaan atau syarikat2 gergasi tidak akan mengeluarkan deposit selagi anda tidak menyelesaikan kerja2 yg diperlukan? Adakah anda lepaskan projek bernilai RM1 juta begitu saja?

Pasti tidak bukan?

Kenyataan di atas membuatkan aku bertekad utk melengkapkan Rancangan Perniagaan aku sendiri. Aku merangka untuk membuat pinjaman sebanyak RM3 juta. Mencari dana utk menambah modal memperbesarkan perniagaan dgn lebih daya saing...

Perkara utama yg perlu aku bg tumpuan adalah spt berikut:
Pembiayaan:-
1. Bangunan kilang & pejabat
2. Stok
3. Pengurusan
4. Kenderaan
5. Kos operasi
6. Yuran guaman dll

Membuat rancangan perniagaan mungkin mudah secara dasarnya tapi utk meyakinksn pihak pemberi pinjaman adalah perkara utama.

Butir2 yg perlu aku ada dalam menyokong keyakinsn pelabur / bank:

1. Profail
2. Strategi dan kaedah petniagaan
3. Pengalaman
4. Bukti kekuatan perniagaan spt invois, DO dsb
5. Penyata bank yg menunjukkan aliran wang yg lancar
6. Kunci kira2 yg menumjukkan perniagaan memberukan pulangan yg lumayan.
7. Dokumen2 sokongan spt sebutharga dari pembekal dan katalog produk dab

Aku target RP ini akan siap dalam tempoh 3 bulan dari sekarang!

Bersambung...

Kenapa ada perasaan sakit hati? Nak lepas geram je...

Thursday, October 15, 2015
Posted by Saidina Group
Aku rasa bengang bila ada sorang ni yg tak tau latar belakang, masih mentah, cetek pengalaman, tiba2 jadi ketua aku pulak. Apa lebih dia dari aku? Nak tunjuk lagak pulak

NM yg aku mmg tak puas hati dgn aku sejak dulu lagi, perangainya yg sombong & bongkak, tak boleh tgk aku lebih sikit dari dia, tekan aku sampai aku tak boleh nak ke mana, dah main taktik kotor... Dia lantik budak mentah jadi ketua aku. Takpe, saja la dia tu nak cari pasal.

Si budak mentah S ni pulak dah rasa hebat sangat, rasa dah jadi ketua kononnya boleh buat apa saja kat jabatan ni. Boleh belah, jgn harap aku nak layan.

Apa lebihnya ko dari aku??? tak ada...

Pelajaran?
Pengalaman?
Gred?
Kepakaran?

Tak ada yg lebih... Semua kurang dan jauh sangat dari aku... Nak jadi ketua aku pulak?
Helloooo jgn perasan ok... Pegi berambus...

Bersambung...

Kenapa Perlu SEO untuk website?

Friday, January 24, 2014
Posted by Jehan


Assalamualaikum semua.

Lama dah aku tak update blog ni. sibuk sangat la konoNnya... hehe. Banyak website yang kena buat dan update. Maintain website tu bagi cantik up to date....

Hari ni aku nak bagi pengetahuan skit pasal kepentingan SEO untuk website. 

Sebelum tu aku bagi tau dulu apa itu SEO. Secara ringkasnya, cakap org putih "Search Engine Optimization" atau secara melayunya "mengoptimumkan Enjin Carian".... Hahaha faham ke? nama je dah pening.

OK senang je... SEO adalah cara memanafaatkan enjin carian seperti Google, Yahoo, Bing dan lain2 lagi di internet agar website kita dapat muncul di muka depan atau yang lebih baik di bahagian atas sekali enjin carian tersebut.

Kalau kita tengok di Google contohnya, setiap keyword atau perkataan (phrase) yang kita taip akan muncul website yang berkaitan. Tapi... yang muncul bukan sepuluh je masalahnya beratus ribu. Contoh kalau kita ada laman web yang jual tudung, bila orang taip tudung je, kita harap akan keluar lah website kita, TAPI langsung tak jumpa pun... yang ada website lain, kat mana2 pun dia je yang keluar... Kita punya langsung tak nampak pun. 

Macam mana ni? Macam mana diorang buat?

Ada cara mudah nak bagi keluar muka depan. Guna Google Adwords yang perlu bayar tiap2 minggu untuk maintain. itu dipanggil "Pay per Click" program yang akan aku kupas di lain masa. Tengok di bahagian kanan senarai website tu. Ada tulis Ads... itu iklan berbayar yang kena maintain. setiap klik perlu bayar pada Google 10 sen hingga RM3.00 bergantung pada populariti keywords tersebut. Berbaloi ke? Terpulang... kalau 10 sen mungkin OK tapi kena sampai RM3.00 sekali klik je? 

OK sekarang ni kita tinggalkan dulu PPC tu... kita cerita pasal SEO.
Tak ada kursus kat universiti yang ajar pasal SEO ni. Semuamys atas kemahiran Pakar internet dan pengurus laman web atau webmaster. Tak semua webmaster mahir dalam perkara ni dan tak semua web designer juga tahu macam mana nak naikkan website kita ke ranking teratas.

Ini adalah kepakaran Global. Tak ada cara yang khusus untuk perkara tersebut. Semua atas kajian masing-masing yang pakar dalam SEO.

Ada yang guna cara baik iaitu white hat SEO yang menggunakan kaedah yang bersih tanpa guna cara SPAM atau black hat yang akhirnya memakan diri. Cara black hat sangat pantas menaikkan ranking website tersebut tapi dengan pantas juga website tu boleh terus hilang dari pandangan dan tak akan muncul2 lagi sebab dah kena ban oleh Google atau Yahoo.

So apa yang menariknya SEO ni?

Paling best... bila kita taip perkataan yang paling tepat atau hampir tepat dengan produk atau perkhidmatan kita, website kita akan muncul kat atas sekali atau muka depan di Google. So, lepas tu senang2 je kita dapat customer bertalu2 cari kita, sebab customer takde masa nak cari tempat lain... Lepas tu terpulang pada kita nak meyakinkan pelanggan dapatkan produk atau perkhidmatan kita.

Baca lagi KAT SINI...   



  



Sekapur Sirih

Sponsor

Popular Post

- Copyright © Laman Kreatif -Robotic Notes- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -