Posted by : Jehan Thursday, August 29, 2013

Assalamualaikum semua,

Dah lama betul aku tak jengah blog ni. Terlalu sibuk agaknya sampai tak sempat nak update status... Walaupun aku sebenarnya bukan rajin ank berblog ni, tapi saje je nak kongsi pengalaman kat korang semua...

Sebelum ni mmg banyak betul dugaan yang aku alami, mungkin korang tak nak baca tapi aku tulis gak :)

Paling teruk aku terlantar kat hospital selama 3 bulan tak bileh bangun menahan sakit yang amat sangat akibat sakit tulang belakang. Aku menderita sakit dah lama, dalam 3 tahun jugak la, mula2 berdenyut2 kat bahagian belakang pinggang... Sekejap, pastu hilang. Jumpa doktor, bagi ubat tahan sakit je, angin katanya... X-Ray pn takde nampak pe2, normal kata doktor... Doktor Pakar yang cakap tu, so aku percaya la... Pakar tu, diorang belajar tinggi dan buat kajian perha otak nak dapat master ala2 PHD... Mana boleh aku cakap Doc tak betul. So, aku makan je la ubat yg diorg bg. dari pada sebiji sehari kepada dua, tambah 3 lps tu tukar yg lg power, lps tu tambah lagi power... sakit tak hilang2 jugak, lagi sakit ada la...

Last sekali, kaki aku rasa kebas dan paling lama aku boleh berdiri seminit je, pastu kena duduk sebab kaki sakit sangat.

1/1/2012 Masa aku keluar dari bilik air, pinggang aki terasa sakit sangat, aku merangkak keluar tak boleh bangun... terlalu sakit.

2/1/2012 Aku terus pegi Hosputal Selayang kat Emergency clinic... Masa tu nekad ckp kat doktor aku terlalu sakit x boleh tahan dah... Allah je yg tau mcm mana sakitnya aku masa tu.

Naik wad Dr bagi ubat yg kuat sikit... boleh la tahan. Buat X-Ray kat pinggang...

5/1/2012  doktor kata aku boleh balik... Aku suka lla sbb dh kurang sakitnya (tp makan ubat lebih la)..
Masa nak berkemas dah nak balik tu, doktor panggil aku... kenapa pulak?
Dia bawak aku g bilik dia tgk skrin komputer:


Tu dia... tulang no 3 & 4 dah rapat.... Patut la sakit giler. urat kat situ terhimpit oleh tulang. bila aku berdiri lama, urat tersepit dan darah ke kai tak jalan, kaki pun rasa kebas dan sakit...

6/1/2012 Aku boleh keluar wad... Dr kata tak boleh buat apa2... kena tahan je la sakit makan ubat pain killer.

9/1/2012 aku kena ambik darah kat wad tp masa tu aku rasa saaaaaaaakit sangat... Walaupun aku dudk kat wheel chair pun aku tetap sakit kat dari pinggang sampai ke kaki. Dr masukkan balik aku dalam wad.

Sampai wad atas... Dr Zaidi suruh aku berjalan...dia nk tengok.  masa tu boleh jalan lagi...
Esok pagi aku nak g toilet dah tak boleh melangkah pun, setiap kali kaki aku jejak lamtai, sakitnya amat sangat. so aku baring je... panggil misi mintak tabung... hehe korang faham2 je dah lah...

Selama hampir 2 bulan aku kat hospital selayang, Tak boleh bangun baring je... nak pergi toilet pun merangkak dengan kesakitan yang mat sangat...


Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Sekapur Sirih

Sponsor

Popular Post

- Copyright © Laman Kreatif -Robotic Notes- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -