Posted by : Jehan Saturday, June 15, 2013

Syukur alhamdulillah....

Aku dah sembuh dari penyakit tulang belakang. Walau pun belum 100% tapi ini semua bonus. Kalau orang lain dapat 2 bulan bonus, aku ibarat 20 tahun punya bonus... :)

Lepas aku sembuh dari pembedahan tulang belakang selama 3 bulan aku terlantar kat hospital menhan sakit yang amat sangat, campur 2 bulan pemulihan (MC), aku mula masuk kerja dengan harapan yang tinggi utk terus menabur bakti kepada masyarakat yang memerlukan.

Secara umumnya, aku adalah seorang ahli kimia berdaftar yang mengawal kualiti air yang dibekalkan kepada pengguna, membuat ujian pengawalan pencemaran sumber air dan proses rawatan air mentah menjadi air bersih yang selamat untuk diminum.

Aku berdoa kepada allah agar aku diberikan kesempatan untuk berikan aku kelebihan setanding dengan kekurangan yang aku alami.

Aku yakin Allah dengar permintaanku... Dia beri aku kebolehan untuk buat perniagaan yang tak pernah aku fikirkan.

Aku suka dengar lagu ni... Jadi salah satu inspirasi aku untuk meneruskan hidup yang serba kekurangan ni..

Korang boleh tengok laman web yang aku dah buat sendiri tanpa bantuan sape2 dengan tanpa sebarang kos. Semua aku belajar sendiri. Aku pernah cuba tanya otai webmaster kps untuk kursus buat web. Kursus bengkel asas je (Basic HTML & CSS, photoshop) lebih kurang RM1,300.00 selama 2 hari je.

Aku buat keputusan belajar sendiri dengan buat kajian demi kajian tanpa rasa jemu dan mengalah. Memang banyak cabaran. Kecewa dan gagal tu dah jadi biasa tapi aku tetap teruskan jugak sebab ni dah jadi minat no. 1 aku.

Akhirnya selepas 9 bulan, korang tengok sendiri hasil yang aku dapat:

Dari kosong... kepada something yang aku rasa puas sangat....


Website ni dah jadi website no. 1 bagi syarikat pembekal kanopi di Malaysia. Ranking no 1 di Google. Jualan syarikat ni dah mencecah sejuta ringgit dalam tempoh 6 bulan saja yang mana aku la Marketing Manager-nya (walaupun aku tak tau banyak pasal marketing haha...)



Web site ni dah jadi website no 13 ranking web Designer profesional di Malaysia. Walaupun aku bukan macam diorang.


Website ni dah naik ranking teratas untuk iklan percuma di Malaysia.


Website ni pun dah naik ranking teratas rumpai laut asli di Malaysia.

Ada banyak lagi... boleh tengok kat sini: http://lamankreatif.net/portfolio.html

Dan lain2 design: http://lamankreatif.net/design.html

Aku pun sendiri tak percaya yang aku boleh buat semua ni...

Sekarang aku tgh study utk buat SEO macam mana nak jadikan website aku top 10 ranking kat Google... dan aku dah berjaya. Alhamdulillah:

KLIK SINI untuk tengok contoh. Aku guna keyword "kanopi" utk www.saidinaxlcanopy.com.my

Aku bersyukur sangat pada Allah swt kerana beri aku kekuatan setelah mengalami siksa hidup yang amat perit...

ALHAMDULILLAH SYUKUR... aku terus berdoa agar terus diberi kekuatan dan sentiasa mengingatiNya.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Sekapur Sirih

Popular Post

- Copyright © Laman Kreatif -Robotic Notes- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -