Posted by : Saidina Group Sunday, October 25, 2015

Assalamualaikum Dr,

Apa khabar? Saya adalah pesakit mata di bawah pengawasan Dr dengan nombar pendaftaran ###### ingin meminta nasihat di atas kesukaran yang saya alami pada pandangan mata saya sejak kebelakangan ini.

Pada 24/5/11 - temujanji di klinik mata Hospital ********

- tiada apa-apa berlaku dalam mata saya. Keadaan normal.
- temujanji akan datang pada 20/11/11
Pada 20/6/11 - temujanji di klinik rheumatologi, Hospital ******** 
- pemeriksaan kesakitan urat bahagian punggung dan peha serta penyakit kencing manis dan darah tinggi.
- pada hari sebelumnya mata saya telah mula kabur sedikit
- pada ktika itu saya mengambil ubat prednisolone sebanyak 15 mg untuk mengurangkan kesakitan di bahagian punggung dan peha.
- Pihak pakar rheumatologi meminta saya mengurangkan pengambilan prednisolone tetapi saya tidak dapat melakukannya kerana akan menyebabkan saya mengalami kesakitan yang amat sangat di bahagian tersebut.
- Pihak pakar menambahkan ubat Sulfasalazine 2 x 500 mg selain meneruskan prednisolone 15 mg.

Pada keesokan harinya, saya merasakan mata saya semakin terganggu dengan pandangan bahagian kanan mata kanan berkelip2 seperti akan berlaku keradangan walaupun tiada bintik2 hitam bertaburan. Pengalaman seperti ini telah saya alami beberapa kali sebelum ini pada mata kiri di mana saya lambat mengambil tindakan menyebabkan saya kehilangan pandangan mata kiri.

Pada hari kedua, saya mengambil keputusan dengan menambah pengambilan prednisolone kepada 30 mg selama 3 hari dan menurunkan kepada 25 mg setelah pandangan agak pulih sedikit tetapi terpaksa menaikkan kembali kepada 30 mg 2 hari berikutnya.

Pada 28/6/11 - Pergi ke bahagian kecemasan klinik mata (bilik 2) dan mengadu masalah yang saya alami tetapi 2 orang doktor yang memeriksa tidak dapat mengesan seperti apa yang saya katakan dan menyuruh saya pulang tanpa mengambil sebarang keputusan.

Saya meneruskan pengambilan prednisolone sebanyak 30 mg sehingga 2/7/11. Pada 3/7/11, saya merasakan pandangan mata saya bertambah merosot  dengan ruang pandangan jelas semakin mengecil walaupun ketajaman masih baik. Saya terus menambahkan pengambilan prednisolone kepada 40 mg sehingga 5/7/11 (disamping sulfasalazine 1000 mg). Pada 6/7/11 dan hari ini, saya menaikkan prednisolone kepada 50 mg kerana merasakan keadaan pandangan yang masih tidak berubah (berkelip2).

Dr,

Apakah tindakan saya ini betul kerana khuatir dengan kelewatan penambahan pengambilan prednisolone akan meragut pandangan mata kedua saya pula dan menyebabkan kesemua pandangan mata saya hilang.

Berat saya adalah 67 kg dengan ketinggian 160 cm.

Untuk pengetahuan Dr,

Sebelum ini, saya telah menjalani rawatan mata sejak tahun 1998 di HTAR dan HUKM dan telah mengambil ubat steroid yang kuat - prednisolone, cyclosporine, azathioprine dan cellcept. Kesemua ubat tersebut telah diberhentikan pengambilannya akibat komplikasi buah pinggang (cyclosporine), Anemia (Azathioprine) sementara HUKM tidak dapat membekalkan Cellcept. Pengambilan prednisolone juga telah diberhentikan selama beberapa bulan pada tahun 2010 tetapi terpaksa mengambil semula akibat kesakitan urat di bahagian pinggul dan peha pada penghujung 2010.

Saya mengekalkan pengambilan 15 mg prednisolone sehingga 20/6/11 dan menaikkan secara berpeingkat-peringkat kepada 50 mg sehingga ke hari ini akibat keadaan pandangan mata saya yang agak luar biasa. Ketika saya menulis emel ini, pandangan mata saya masih kabur dan keadaan di dalam mata saya masih aktif.

Saya telah ke makmal darah hospital Selayang pagi ini (7/7/2011) untuk diambil darah bagi pemeriksaan kesan pengambilan sulfasalazine selama 2 minggu.

Dr,

Untuk tindakan kecemasan di mana mata saya yang seolah-olah sedang marah dengan apa yang berlaku di dalam mata saya (berkelip-kelip di bahagian tidak nampak), apakah perlu saya menambah pengambilan prednisolone lagi untuk menghentikan keradangan/keaktifan yang berlaku? Jika ya, apakah dos yang sesuai?

Saya amat berharap Dr dapat membantu masalah yang saya hadapi dengan kepakaran dan pengalaman luas yang ada pada Dr.

Sekian, terima kasih


Yang benar
xxxxxxxxxx

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Sekapur Sirih

Popular Post

- Copyright © Laman Kreatif -Robotic Notes- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -