Posted by : Saidina Group Friday, October 16, 2015

Perniagaan hanya bergerak perlahan tanpa modal. Memang benar kata orang bahawa perniagaan yg lebih berjaya adalah tanpa membuat pinjaman. Tapi adakah anda mampu menampung pembiayaan permintaan yg melebihi dari kemampuan anda?

Katakan anda mempunyai modal pusingan sebanyak RM100,000.00 dan telah digunakan untuk membeli stok serta membuat pembayaran terus kepada pembekal. Namun bagaiman jika tempahan dari pelanggan adalah melebihi RM1,000,000.00? Adalah anda hanya membiarkan sahaja pembelian tersebut terlepas sahaja disebabkan tudak cukup modal utk menyediakan bahan mentah? Ye memang ada yg menyarankan meminta deposit daripada pelanggan, berapa banyak yg pelanggan sanggup utk memberikan deposit? Tahukah anda, pesanan kerajaan atau syarikat2 gergasi tidak akan mengeluarkan deposit selagi anda tidak menyelesaikan kerja2 yg diperlukan? Adakah anda lepaskan projek bernilai RM1 juta begitu saja?

Pasti tidak bukan?

Kenyataan di atas membuatkan aku bertekad utk melengkapkan Rancangan Perniagaan aku sendiri. Aku merangka untuk membuat pinjaman sebanyak RM3 juta. Mencari dana utk menambah modal memperbesarkan perniagaan dgn lebih daya saing...

Perkara utama yg perlu aku bg tumpuan adalah spt berikut:
Pembiayaan:-
1. Bangunan kilang & pejabat
2. Stok
3. Pengurusan
4. Kenderaan
5. Kos operasi
6. Yuran guaman dll

Membuat rancangan perniagaan mungkin mudah secara dasarnya tapi utk meyakinksn pihak pemberi pinjaman adalah perkara utama.

Butir2 yg perlu aku ada dalam menyokong keyakinsn pelabur / bank:

1. Profail
2. Strategi dan kaedah petniagaan
3. Pengalaman
4. Bukti kekuatan perniagaan spt invois, DO dsb
5. Penyata bank yg menunjukkan aliran wang yg lancar
6. Kunci kira2 yg menumjukkan perniagaan memberukan pulangan yg lumayan.
7. Dokumen2 sokongan spt sebutharga dari pembekal dan katalog produk dab

Aku target RP ini akan siap dalam tempoh 3 bulan dari sekarang!

Bersambung...

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Sekapur Sirih

Popular Post

- Copyright © Laman Kreatif -Robotic Notes- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -